Thursday, 12 June 2014
Wednesday, 4 June 2014
10 GAMBAR INOVASI
1. Stethoscope Elektronik Littmann
Stethoscope ini ringan dan direka secara ergonomik. Reka bentuk tiub yang selesa di leher dan mudah dilipat ke dalam poket. Sthetoscope 3M ™ Littmann menyediakan pengedap telinga yang lembut yang mempunyai dua saiz yang boleh disesuaikan. Dengan teknologi diafragma yang tidak sejuk untuk keselesaan pesakit, ditambah dengan teknologi audio digital, Stethoskop ini adalah jauh lebih baik untuk penilaian bunyi. Selain itu, ia juga mempunyai sistem yang merekod bunyi ayng boleh dipaparkan ke dalam komputer.
2. Kerusi Roda & Bateri Pendaki Tangga
Scalamobil adalah bateri pendaki tangga mudah alih yang melekat kepada kebanyakan kerusi roda manual. Peranti inovatif ini boleh menaiki atau menuruni apa-apa jenis permukaan tangga tanpa haus dan lusuh. Bateri Pendaki Tangga ini padat dan ringan menjadikannya sesuai untuk mengangkut dan menyimpan. Kerusi Roda ini mampu memanjat sehingga 300 langkah dengan caj bateri tunggal dan boleh menyokong berat beban sehingga 140 kg. Ia juga tidak memberikan kerosakan atau kesan pada tangga. Bateri Pendaki Tangga yang dipasang pada kerusi roda ini mempunyai empat brek automatik untuk keselamatan maksimum. Ia boleh dipasang kepada kebanyakan kerusi roda manual .
3. Pengukur Tekanan Darah & Kadar Nadi
Ia akan menjadikan proses memantau tekanan darah anda lebih mudah dan lebih cepat, dan memberikan bacaan yang tepat. Peranti ini boleh memaparkan tekanan diastolik, sistolik dan bacaan nadi pada paparan LCD pada masa yang sama . Ia menunjukkan amaran kepada pengguna jika monitor mengesan pergerakan badan yang berlebihan semasa sesi pengukuran, . Seiring dengan itu , peranti ini juga mengingatkan pengguna apabila ia mengesan denyutan jantung yang abnormal pada masa itu juga.
Pengukur tekanan darah digital ini boleh merekod sebanyak 90 bacaan. Selain daripada menyimpan rekod , ia juga boleh memaparkan nilai purata tiga bacaan lepas , menjadikannya mudah untuk anda menentukan perubahan terkini ini dalam tekanan darah. Reka bentuk adalah agak padat , dan beratnya kurang daripada 4oz dan kurang daripada 5 /8 inchi tebal.
4. Pengukur Suhu Badan tanpa Wayar
Pengukur Suhu Badan tanpa wayar menyediakan 24 jam sistem pemantauan tanpa penjalur lebar suhu badan untuk mengesan tanda demam. Ia akan memberi isyarat kepada anda walaupun untuk suhu badan yang terlalu tinggi. Oleh itu pengguna boleh menikmati kaedah yang lengkap dan mudah untuk memantau suhu badan dan dapat tidur malam dengan baik tanpa ganguan daripada penjaga. Produk ini menyediakan pemantauan yang tahan lama semasa tidur, dan amat sesuai untuk bayi, kumpulan warga tua dan orang kurang upaya yang mengalami masalah demam.
5. Kanta Mata Pengukur Glukosa dalam Darah
kanta pintar yang mampu mengukur paras glukosa daripada air mata untuk memantau tahap kesihatan pesakit diabetes, kemudian memberi amaran kepada mereka jika paras glukosa mereka rendah. Kanta ini juga mempunyai keupayaan tanpa wayar yang membolehkan ia mengandungi pautan ke telefon pintar, yang boleh digunakan untuk memproses data dan memberi arahan audio kepada pengguna. Sistem kanta mata ini juga berpotensi membolehkan orang buta untuk mengenali orang dan mengesan muka mereka pada masa akan datang.
Kanta kenalan pintar boleh mengukur tahap glukosa dalam air mata menggunakan cip tanpa wayar kecil dan sensor pemantau glukosa yang tertanam di antara dua lapisan lembut pada bahan kanta lekap. Syarikat Google juga mengkaji potensi teknologi ini dalam memberi amaran awal bagi pemakainya serta menghasilkan lampu LED kecil yang boleh menyala untuk menunjukkan bahawa paras glukosa telah melintasi paras atas atau paras bawah bacaan normal tertentu.
6. Penganalisa Badan Pintar
Alat ini mempunyai Empat sensor berat badan yang berfungsi untuk mengukur berat badan dengan tepat disamping dapat mengukur bacaan lemak badan serta Indeks Berat Badan. Selain itu alat ini juga boleh menyukat kadar denyutan jantung. Salah satu keistimewaan lain, alat ini boleh menyukat tahap kebersihan udara sekeliling dengan memaparkan bacaan suhu persekitaran serta kadar kandungan karbon dioksida dalam kawasan yang berdekatan. Spesifikasi lain adalah ia memaparkan skrin grafik yang besar iaitu 2.1x1.6 inchi, mempunyai lampu LED serta mempunyai kemudahan wifi dan bluetooth yang dapat disambungkan dengan sistem peranti IOS atau Android yang terdapat pada telefon-telefon bimbit masa kini.
7. Kaca Mata Pintar Perubatan Evena
Kelebihan utama cermin mata ini adalah pengguna boleh melihat salur darah melalui kulit, dan menjadikan lebih mudah untuk doktor dan jururawat untuk mencari urat-urat di lengan pesakit untuk melakukan prosedur 'venupunture'. Ia tidak selalunya mudah untuk mencari urat yang tepat untuk titisan intravena , kerana saluran sasaran kadang-kadang tersembunyi di bawah kulit, menyebabkan berulangkali percubaan dan mendatangkan ketidakselesaan kepada pesakit. Kaca Mata ini boleh dipakai ke ia dan menggabungkan pengimejan 3D berbilang spektrum (spektra gandaan cahaya unjuran) untuk membuat urat muncul apabila dilihat melalui kamera dua kaca .
Kaca Mata Pintar ini juga boleh menghantar imej-imej dilihat ke lokasi terpencil melalui Bluetooth, Wi -Fi dan 3G. Ia boleh merekod dan penyimpanan rakaman dalam bentuk gambar dan video. Teknologi ini juga boleh membuka peluang latihan dan komunikasi yang lebih pantas. Pemprosesan imej dan kuasa dibekalkan oleh mikropemprosesan yang berasingan, yang dipakai pada tali pinggang berwayar di kepala yang berhubung dengan kaca mata.
8. Tapak Kasut dan Kasut Pintar Lechal
Kasut ini cukup istimewa untuk digunakan oleh orang buta. Sebenarnya ada dua produk Lechal , set lengkap kasut, dan sol poliuretana yang boleh diletakkan di dalam kasut yang sedia ada. Dalam kedua-dua kes, mereka bertindak dengan berkomunikasi dengan telefon pintar pengguna melalui bluetooth telefon yang menjalankan specifikasi Android, IOS atau Windows navigasi app. Tapak kasut ini memberi panduan kepada pengguna dalam menentukan lokasi yang dituju, dengan menyebabkan salah satu daripada kasut bergetar. Secara mudahnya, sekiranya kasut sebelah kiri bergetar, ia memberitahu kepada pengguna untuk belok kiri.
Seperti sistem pemakaian navigasi lain, pengguna boleh berjalan dengan tangan bebas tanpa bantuan penunjuk jalan. Selain penggunaannya untuk navigasi, Tapak Kasut canggih ini juga boleh digunakan sebagai sistem pengesanan kecergasan , kerana ia dapat mengira langkah-langkah, mengesan kalori yang dibakar, dan dapat menjadikan latihan lebih interaktif. Ia juga boleh memberitahu anda sekiranya telefon anda tertinggal di mana-mana.
9. Tilam Udara
Tilam udara ini direka untuk menyediakan suasana yang paling tenang. Fungsi utamanya adalah untuk menghalang pembetukan kudis tekanan. Tilam ini memiliki ciri-ciri komprehensif keselamatan, keselesaan serta fungsinya yang mudah untuk digunakan. Tilam ini mempunyai 21 tiub-tiub gabungan yang membenarkan pengudaraan yang lebih baik serta menyokong bahagian-bahagian badan yang lebih mudah terdedah kepada risiko kudis tekanan.
Tilam ini bersifat mesra alam kerana tidak mengandungi bahan toksik, serta diperbuat daripada bahan atau kain yang tahan lasak, selamat dan selesa seterusnya dapat mengurangkan kecederaan kulit yang disebabkan oleh geseran atau tarikan kulit yang berlaku. Bahan logam kukuh disalut dengan filem perlindungan mampu menahan kuasa luar akibat kemalangan atau perlanggaran teruk dan tidak menyebabkan kebocoran. Ia juga bersifat mudah dicuci seterusnya mengurangkan penularan jangkitan mikroorganisma.
10. Spray Rawatan di Hidung
Teknologi ini menggabungkan anatomi tertentu dan ciri-ciri aerodinamik hidung, teknologi inovatif penghantaran nafas berkuasa hidung OptiNose dapat menyalurkan ubat-ubatan untuk disasarkan dengan cekap dan berkesan , terutama pada kawasan yang sukar untuk merawat pelbagai penyakit. Teknologi penghantaran adalah sangat serba boleh, mesra pesakit iaitu mempunyai alternatif untuk diberi samaada melalui mulut dan suntikan, Menghasilkan dos sesuai, Meningkatkan pematuhan pesakit, Membenarkan pesakit untuk mengubati, Mengurangkan risiko kecederaan tertusuk jarum dalam kalangan pekerja kesihatan serta mengurangkan kemungkinan kegagalan dalam penggunaan dan mengurangkan kerengsaan pada tempat yang diberi semburan.
TEMPAT MELETAK ALAT TULIS SERTA BARANGAN PERHIASAN
Bahan-bahan :
- 1 kotak bersaiz sederhana atau mana-mana saiz yang bersesuaian
- Gam UHU
- Gam Kertas
- Cat Warna Pelaka atau Cat Kalis Air
- Bahan-bahan hiasan lain seperti 'glitter' dan benar tebal
Alatan-alatan :
- Pisau potong
- Gunting
- Berus Cat
- Pen atau Pensil
- Pembaris
Foto Hasil Produk
Mohon Komen untuk penambahbaikan. Terima Kasih.
Friday, 23 May 2014
SEJARAH PERUBATAN DAN KESIHATAN DALAM TAMADUN AWAL MANUSIA
SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA, PARSI PURBA DAN
MESIR PURBA
DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KESIHATAN
"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang"
"Selawat
dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta Para Sahabat"
Assalamualaikum w.b.t dan Salam
Sejahtera. Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan
izinNya. Untuk pertama kalinya, saya akan mengupas mengenai Sejarah atau Asal
Usul atau "Origin" dalam kemunculan ilmu perubatan dan
kesihatan. Mungkin maklumat yang saya paparkan ini adalah tidak lengkap,
bersifat subjektif dan terdapat kelemahan lain. Maka, segala nasihat serta
komen daripada semua pembaca amat saya hargai untuk penambahbaikan dalam
penulisan artikel ini. Saya juga mengharapkan agar pembaca membuat rujukan yang
lebih specifik daripada sumber rujukan lain.
PENGENALAN
Mengenal dan mengetahui sejarah dalam
perubatan dan kesihatan adalah penting kerana ia adalah titik tolak kepada
kemunculan disiplin ilmu yang terbahagi kepada cabang-cabang lain seperti ilmu
surgeri, ilmu farmasi, ilmu pergigian, ilmu kejururawatan serta lain-lain
disiplin ilmu perubatan dan kesihatan. Selain itu, sumbangan yang diberikan
dalam tamadun ini dapat kita jadikan pengetahuan sampingan serta pedoman dalam
kehidupan pada hari khususnya pada mereka yang berkecimpung dalam dunia
perubatan dan kesihatan. Pada asalnya, saya ingin mengupas mengenai
sejarah kejururawatan dalam tamadun awal manusia tetapi pada pandangan
saya, skop sejarah jururawat perlu dilihat dengan lebih meluas dengan
melihat bagaimana manusia pada zaman awal ketamadunan menjaga dan merawat orang
yang sakit.
Sebenarnya, usaha untuk mengenal pasti
dan menerangkan evolusi peranan sebagai seorang jururawat dalam sejarah manusia
adalah benar-benar rumit dan misteri kerana tidak ditemui sebarang rekod
ataupun artifak kecuali fakta bahawa manusia pada zaman awal ketamadunan
melakukan sesuatu demi untuk kelangsungan hidup termasuk masyarakat dalam Tamadun
Mesopotamia, Mesir Purba serta Tamadun awal Parsi. Insyaallah saya akan
mengupas dengan lebih lanjut mengenai Sejarah Kejururawatan pada artikel yang
akan datang.
Untuk makluman, tiada satu skala pun
yang dapat digunakan untuk mengetahui tarikh dan masa dengan
tepat permulaan sejarah manusia di samping beberapa kontroversi mengenai
kewujudan manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S yang tercatat dalam kitab-kitab
agama samawi iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran serta Teori Evolusi yang
dikemukakan oleh Charles Darwin. Apapun, manusia pada zaman awal menyediakan
keperluan kehidupan melalui usaha dan pemikiran mereka yang berterusan dengan
mengaplikasikan cara percubaan dan kesilapan atau “Try and Error”.
TAMADUN MESOPOTAMIA
Bagaimanapun sejarah mengenai
kemunculan amalan perubatan dapat dilihat dengan lebih awal dan menonjol
berbanding dengan amalan kejururawatan. Bermula dengan Tamadun Awal Mesopotamia
yang terletak antara Sungai Tigris dan Euphrates, bangsa awal dan pertama
tamadun ini iaitu bangsa Sumeria telah berjaya menghasilkan Preskripsi Ubatan
yang tertua di dunia yang tercatat pada kepingan segiempat tanah liat lebih
kurang 4000 tahun dahulu.
Setelah bangsa Sumeria dihapuskan,
muncul pula Kerajaan Babylon yang menjadi bandar penting pada zaman tersebut.
Salah satu sumbangan yang paling besar ialah Kod Undang-undang Hammurabi iaitu
kod perundangan yang tertua di dunia. Rawatan pada zaman ini bersifat primitif.
Masyarakat beranggapan bahawa penyakit yang terjadi adalah disebabkan oleh dosa
dan kemurkaan tuhan. Orang yang berpenyakit ini dianggap tidak bersih serta
memerlukan penyucian. Jadi, kaedah rawatan atau penyucian yang digunakan adalah
termasuk jampi serta aplikasi herba-herba tertentu. Pada masa ini, kumpulan
untuk memberikan rawatan telah terbentuk dimana seseorang yang menjalankan
tugas seperti jururawat bertindak membantu pesakit, manakala doktor atau bomoh
pada masa ini yang dipercayai merupakan seorang pendeta bertanggungjawab
mengenakan rawatan kepada pesakit serta mengarahkan seseorang yang betindak
menyerupai juru farmasi menyediakan ubatan yang diperlukan. Walau bagaimanapun,
ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa sejauh mana benarnya penglibatan atau
kemunculan jururawat pada masa ini masih tidak jelas kerana tiada bukti yang
kukuh.
Selepas itu, muncul pula Kerajaan
Assyria selepas berjaya menumbangkan Kerajaan Babylon. Kerajaan Assyria
merupakan salah satu kerajaan yang terkuat dan mempunyai kawasan jajahan takluk
yang luas di mana Nineveh yang merupakan pusat bandar menjadi metropolis dunia
selama beberapa abad. Lebih kurang 500 jenis herba dan ubatan berjaya
dihasilkan dan dikatalog. Ia menjadi titik tolak kepada kemunculan ilmu
farmasi.
Selepas beberapa lama, muncul pula
Tamadun Parsi di bawah pimpinan Raja Cyrus yang telah berjaya menjatuhkan
tamadun Mesopotamia. Bandar utama Kerajaan Achaemenid adalah Persipolis yang bermaksud "Bandar Parsi". Antara sumbangan tamadun ini dalam dunia perubatan adalah
penemuan Rekod Perubatan Tertua Parsi yang terdapat dalam buku “Zoroaster”.
Masyarakat dalam tamadun ini percaya bahawa penawar yang paling mujarab adalah
bacaan doa untuk membantu spiritual. Maka tidak hairan jika masyarakat pada
tamadun ini menganggap bomoh atau ‘doktor’ yang merawat dan menyembuhkan
pesakit menggunakan bacaan doa lebih hebat dan berada pada kedudukan lebih atas
berbanding ‘doktor’ atau bomoh yang berubat menggunakan herba-herba dan pisau.
Tamadun awal Parsi ini telah ditakluk oleh Alexander the Great (atau Iskandar
Zulkarnain mengikut sesetengah sumber buku) pada tahun 331 sebelum masihi.
TAMADUN MESIR PURBA
Di satu tempat lain, muncul pula Tamadun Mesir Purba. Antara ilmu yang terkenal dalam tamadun ini adalah teknik pembalutan mumia atau dipanggil “Mummification” yang bertujuan untuk memelihara mayat daripada musnah.
“Solar Boat” juga turut dibina yang kerana ia merupakan sebahagian daripada kepercayaan masyarakat Mesir Purba sebagai salah satu persediaan permakaman untuk kehidupan abadi Firaun seperti Firaun Pharaoh.
Pada zaman ini, Agama dan Perubatan saling berkait rapat kerana pesakit akan berkunjung ke Candi untuk menerima rawatan daripada pengamal perubatan serta memohon pertolongan daripada tuhan agar memperoleh kesembuhan. Di dalam candi, terdapat satu kawasan perubatan yang berukuran saiz klinik pesakit luar yang besar (pada zaman moden) di mana pendeta yang juga bertindak sebagai doktor ataupun dipanggil “priest-physician” akan memainkan peranan sebagai ‘doktor pergigian’ dan juga ‘Jurufarmasi’.
‘Pakar Perubatan’ atau "Medical Specialist" juga pertama kali wujud dalam sejarah manusia dalam dunia perubatan seperti mana yang dinyatakan oleh Ahli Sejarah Greek, Herodotus.
Hal Ini juga mungkin disokong oleh
bukti lain seperti penciptaan pyramid yang telah saya nyatakan di atas dimana
sebuah skrol yang dijumpai di dalam kubur salah seorang dukun kuil Ptah telah
menyatakan bahawa blok-blok bongkah batu untuk membina pyramid itu telah
dipindahkan tanpa menggunakan tenaga-tenaga manusia tetapi menggunakan satu
teknologi yang cukup maju yang berkemungkinan ilmu sihir.
Tetapi berlaku sedikit kontradiksi dimana Saintis Barat mendakwa pyramid itu dibina dengan jentera kayu, gelongsor pasir mahupun buruh-buruh paksa. Cuma, para pengkaji berpendapat bahawasanya masyrakat Mesir Purba telah berjaya menemui atau menghasilkan ilmu seperti teknologi memanipulasi medan magnet dan pancaran laser secara teknikal mahupun perantaraan sihir yang mana berkemungkinan digunakan dalam perubatan.
Tetapi berlaku sedikit kontradiksi dimana Saintis Barat mendakwa pyramid itu dibina dengan jentera kayu, gelongsor pasir mahupun buruh-buruh paksa. Cuma, para pengkaji berpendapat bahawasanya masyrakat Mesir Purba telah berjaya menemui atau menghasilkan ilmu seperti teknologi memanipulasi medan magnet dan pancaran laser secara teknikal mahupun perantaraan sihir yang mana berkemungkinan digunakan dalam perubatan.
PENUTUP
Kesimpulannya, ilmu perubatan serta
kesihatan sebenarnya telah lama bermula serta telah memberi implikasi yang
penting dalam kehidupan masyarakat pada zamannya. Mungkin masih banyak lagi
sejarah perubatan dan kesihatan yang masih menjadi misteri dan perlu kepada penelitian dan kajian yang lebih mendalam. Diharap artikel ini serba sedikit
dapat member manfaat serta membuka mata agar dapat dijadikan pedoman untuk
kemajuan masa depan. Sesuai dengan slogan “Mengilham Harapan, Mencipta Masa
Depan”.
Wallahuallam.
SUMBER RUJUKAN UTAMA
- Josephine A. Dolan, History of Nursing, 12th Edition, 1968, W.B Saunder Company
- Dr. Saiyid Karim, Rahsia Peradaban Firaun (Sihir dan Penyihir Mesir Kuno), 2006, Maktabah Nahdhatu Misr
Subscribe to:
Posts (Atom)