SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA, PARSI PURBA DAN
MESIR PURBA
DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KESIHATAN
"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang"
"Selawat
dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta Para Sahabat"
Assalamualaikum w.b.t dan Salam
Sejahtera. Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan
izinNya. Untuk pertama kalinya, saya akan mengupas mengenai Sejarah atau Asal
Usul atau "Origin" dalam kemunculan ilmu perubatan dan
kesihatan. Mungkin maklumat yang saya paparkan ini adalah tidak lengkap,
bersifat subjektif dan terdapat kelemahan lain. Maka, segala nasihat serta
komen daripada semua pembaca amat saya hargai untuk penambahbaikan dalam
penulisan artikel ini. Saya juga mengharapkan agar pembaca membuat rujukan yang
lebih specifik daripada sumber rujukan lain.
PENGENALAN
Mengenal dan mengetahui sejarah dalam
perubatan dan kesihatan adalah penting kerana ia adalah titik tolak kepada
kemunculan disiplin ilmu yang terbahagi kepada cabang-cabang lain seperti ilmu
surgeri, ilmu farmasi, ilmu pergigian, ilmu kejururawatan serta lain-lain
disiplin ilmu perubatan dan kesihatan. Selain itu, sumbangan yang diberikan
dalam tamadun ini dapat kita jadikan pengetahuan sampingan serta pedoman dalam
kehidupan pada hari khususnya pada mereka yang berkecimpung dalam dunia
perubatan dan kesihatan. Pada asalnya, saya ingin mengupas mengenai
sejarah kejururawatan dalam tamadun awal manusia tetapi pada pandangan
saya, skop sejarah jururawat perlu dilihat dengan lebih meluas dengan
melihat bagaimana manusia pada zaman awal ketamadunan menjaga dan merawat orang
yang sakit.
Sebenarnya, usaha untuk mengenal pasti
dan menerangkan evolusi peranan sebagai seorang jururawat dalam sejarah manusia
adalah benar-benar rumit dan misteri kerana tidak ditemui sebarang rekod
ataupun artifak kecuali fakta bahawa manusia pada zaman awal ketamadunan
melakukan sesuatu demi untuk kelangsungan hidup termasuk masyarakat dalam Tamadun
Mesopotamia, Mesir Purba serta Tamadun awal Parsi. Insyaallah saya akan
mengupas dengan lebih lanjut mengenai Sejarah Kejururawatan pada artikel yang
akan datang.
Untuk makluman, tiada satu skala pun
yang dapat digunakan untuk mengetahui tarikh dan masa dengan
tepat permulaan sejarah manusia di samping beberapa kontroversi mengenai
kewujudan manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S yang tercatat dalam kitab-kitab
agama samawi iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran serta Teori Evolusi yang
dikemukakan oleh Charles Darwin. Apapun, manusia pada zaman awal menyediakan
keperluan kehidupan melalui usaha dan pemikiran mereka yang berterusan dengan
mengaplikasikan cara percubaan dan kesilapan atau “Try and Error”.
TAMADUN MESOPOTAMIA
Bagaimanapun sejarah mengenai
kemunculan amalan perubatan dapat dilihat dengan lebih awal dan menonjol
berbanding dengan amalan kejururawatan. Bermula dengan Tamadun Awal Mesopotamia
yang terletak antara Sungai Tigris dan Euphrates, bangsa awal dan pertama
tamadun ini iaitu bangsa Sumeria telah berjaya menghasilkan Preskripsi Ubatan
yang tertua di dunia yang tercatat pada kepingan segiempat tanah liat lebih
kurang 4000 tahun dahulu.
Setelah bangsa Sumeria dihapuskan,
muncul pula Kerajaan Babylon yang menjadi bandar penting pada zaman tersebut.
Salah satu sumbangan yang paling besar ialah Kod Undang-undang Hammurabi iaitu
kod perundangan yang tertua di dunia. Rawatan pada zaman ini bersifat primitif.
Masyarakat beranggapan bahawa penyakit yang terjadi adalah disebabkan oleh dosa
dan kemurkaan tuhan. Orang yang berpenyakit ini dianggap tidak bersih serta
memerlukan penyucian. Jadi, kaedah rawatan atau penyucian yang digunakan adalah
termasuk jampi serta aplikasi herba-herba tertentu. Pada masa ini, kumpulan
untuk memberikan rawatan telah terbentuk dimana seseorang yang menjalankan
tugas seperti jururawat bertindak membantu pesakit, manakala doktor atau bomoh
pada masa ini yang dipercayai merupakan seorang pendeta bertanggungjawab
mengenakan rawatan kepada pesakit serta mengarahkan seseorang yang betindak
menyerupai juru farmasi menyediakan ubatan yang diperlukan. Walau bagaimanapun,
ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa sejauh mana benarnya penglibatan atau
kemunculan jururawat pada masa ini masih tidak jelas kerana tiada bukti yang
kukuh.
Selepas itu, muncul pula Kerajaan
Assyria selepas berjaya menumbangkan Kerajaan Babylon. Kerajaan Assyria
merupakan salah satu kerajaan yang terkuat dan mempunyai kawasan jajahan takluk
yang luas di mana Nineveh yang merupakan pusat bandar menjadi metropolis dunia
selama beberapa abad. Lebih kurang 500 jenis herba dan ubatan berjaya
dihasilkan dan dikatalog. Ia menjadi titik tolak kepada kemunculan ilmu
farmasi.
Selepas beberapa lama, muncul pula
Tamadun Parsi di bawah pimpinan Raja Cyrus yang telah berjaya menjatuhkan
tamadun Mesopotamia. Bandar utama Kerajaan Achaemenid adalah Persipolis yang bermaksud "Bandar Parsi". Antara sumbangan tamadun ini dalam dunia perubatan adalah
penemuan Rekod Perubatan Tertua Parsi yang terdapat dalam buku “Zoroaster”.
Masyarakat dalam tamadun ini percaya bahawa penawar yang paling mujarab adalah
bacaan doa untuk membantu spiritual. Maka tidak hairan jika masyarakat pada
tamadun ini menganggap bomoh atau ‘doktor’ yang merawat dan menyembuhkan
pesakit menggunakan bacaan doa lebih hebat dan berada pada kedudukan lebih atas
berbanding ‘doktor’ atau bomoh yang berubat menggunakan herba-herba dan pisau.
Tamadun awal Parsi ini telah ditakluk oleh Alexander the Great (atau Iskandar
Zulkarnain mengikut sesetengah sumber buku) pada tahun 331 sebelum masihi.
TAMADUN MESIR PURBA
Di satu tempat lain, muncul pula Tamadun Mesir Purba. Antara ilmu yang terkenal dalam tamadun ini adalah teknik pembalutan mumia atau dipanggil “Mummification” yang bertujuan untuk memelihara mayat daripada musnah.
“Solar Boat” juga turut dibina yang kerana ia merupakan sebahagian daripada kepercayaan masyarakat Mesir Purba sebagai salah satu persediaan permakaman untuk kehidupan abadi Firaun seperti Firaun Pharaoh.
Pada zaman ini, Agama dan Perubatan saling berkait rapat kerana pesakit akan berkunjung ke Candi untuk menerima rawatan daripada pengamal perubatan serta memohon pertolongan daripada tuhan agar memperoleh kesembuhan. Di dalam candi, terdapat satu kawasan perubatan yang berukuran saiz klinik pesakit luar yang besar (pada zaman moden) di mana pendeta yang juga bertindak sebagai doktor ataupun dipanggil “priest-physician” akan memainkan peranan sebagai ‘doktor pergigian’ dan juga ‘Jurufarmasi’.
‘Pakar Perubatan’ atau "Medical Specialist" juga pertama kali wujud dalam sejarah manusia dalam dunia perubatan seperti mana yang dinyatakan oleh Ahli Sejarah Greek, Herodotus.
Hal Ini juga mungkin disokong oleh
bukti lain seperti penciptaan pyramid yang telah saya nyatakan di atas dimana
sebuah skrol yang dijumpai di dalam kubur salah seorang dukun kuil Ptah telah
menyatakan bahawa blok-blok bongkah batu untuk membina pyramid itu telah
dipindahkan tanpa menggunakan tenaga-tenaga manusia tetapi menggunakan satu
teknologi yang cukup maju yang berkemungkinan ilmu sihir.
Tetapi berlaku sedikit kontradiksi dimana Saintis Barat mendakwa pyramid itu dibina dengan jentera kayu, gelongsor pasir mahupun buruh-buruh paksa. Cuma, para pengkaji berpendapat bahawasanya masyrakat Mesir Purba telah berjaya menemui atau menghasilkan ilmu seperti teknologi memanipulasi medan magnet dan pancaran laser secara teknikal mahupun perantaraan sihir yang mana berkemungkinan digunakan dalam perubatan.
Tetapi berlaku sedikit kontradiksi dimana Saintis Barat mendakwa pyramid itu dibina dengan jentera kayu, gelongsor pasir mahupun buruh-buruh paksa. Cuma, para pengkaji berpendapat bahawasanya masyrakat Mesir Purba telah berjaya menemui atau menghasilkan ilmu seperti teknologi memanipulasi medan magnet dan pancaran laser secara teknikal mahupun perantaraan sihir yang mana berkemungkinan digunakan dalam perubatan.
PENUTUP
Kesimpulannya, ilmu perubatan serta
kesihatan sebenarnya telah lama bermula serta telah memberi implikasi yang
penting dalam kehidupan masyarakat pada zamannya. Mungkin masih banyak lagi
sejarah perubatan dan kesihatan yang masih menjadi misteri dan perlu kepada penelitian dan kajian yang lebih mendalam. Diharap artikel ini serba sedikit
dapat member manfaat serta membuka mata agar dapat dijadikan pedoman untuk
kemajuan masa depan. Sesuai dengan slogan “Mengilham Harapan, Mencipta Masa
Depan”.
Wallahuallam.
SUMBER RUJUKAN UTAMA
- Josephine A. Dolan, History of Nursing, 12th Edition, 1968, W.B Saunder Company
- Dr. Saiyid Karim, Rahsia Peradaban Firaun (Sihir dan Penyihir Mesir Kuno), 2006, Maktabah Nahdhatu Misr
terima kasih ziq, terasa bagai mengimbau kembali kenangan belajar sejarah semasa sekolah menengah. hehehe. Input berkenaan perkembangan awal perubatan, kejururawatan dan farmaseatikel sememangnya samar kemungkinan sbb tidak berlaku lagi perpecahan disiplin ilmu seperti sekrang. btway, good effort. teruskan menulis. ^_^
ReplyDeletekasih diterima XD... Time sekolah, subjek sejarah ada peperiksaan.. alhamdulillah blog ni xde peperiksaan.. XD harap dapat menyampaikan maklumat dengan lebih mudah, ringkas dan menarik.. insyaallah akan memperbaikkan lg usaha untuk masa akan datang
DeleteAzwan Azmi
ReplyDeleteUniversiti Pendidikan Sultan Idris
ISMP Sejarah
Perkongsian yang bagus. Cuma pengunaan rujukan yang sikit. Dalam sejarah, rujukan paling penting untuk melakukan penulisan. Selain itu kalau ada kata2 daripada mana2 tokoh pun boleh dimasukkan untuk menguatkan lagi artikel. Tahniah Haziq
Terima kasih Azwan Azmi, insyaallah lps ni kne masukkan sumber rujukan yg lebih dan kata2 drpd tokoh.. Ape-ape pun kalau ada masalah dalam penulisan sejarah, anda antara orang yang akan saya rujuk untuk menambahbaik penulisan artikel sejarah ni.. Tq boh =D
DeleteAssalamualaikum Haziq,
ReplyDeleteNasib baik tak panjang sangat. Haha. Tapi menarik, lain daripada yang lain, ada gambar lagi. Bagus. Tiba-tiba Aten rindu sejarah.
Thank you :P
Nur Fatin Binti Ramli A138012
W'salam.. ye mmg xpanjang sbb tlh disunting lbih kurang separuh drpd perancangan asal.. Alhamdulillah sbb dpt menghabiskan bacaan.. pasti sume org akan rindu sejarah sbb masing-masing ad sejarah dia yg tersendiri
Delete=)
Nur Hazhim Bin Nordin
ReplyDeleteUniversiti Teknikal Malaysia Melaka
Electrical Engineering Technology
Maklumat yang mudah difahami walaupun tidak semua maklumat ada bukti kukuh. Sekurang-kurangnya maklumat tersebut boleh memberi gambaran terhadap sejarah perubatan dan kesihatan. Rujukan perlu ditambah lagi. Good job for the article.
Terima kasih dan alhamdulillah.. harap dapat memberikan sedikit input gambaran mengenai sejarah perubatan dan kesihatan =)
DeleteNUR KHAIRINA BINTI ISHAK
ReplyDeletePerubatan, UKM
Menarik ziq...ak pon x tau sgt nak komen...tp kalo nk tgk dri segi fakta yg nk dismpaikan lg senang utk difahami...semuanya diterangkan dgn jelas...good job!!!;)
Terima Kasih Khairina Ishak.. harap dapat memahami dan senang lagi untuk membaca artikel2 yang akan datang XD
DeleteInfo yang menarik.terima kasih haziq atas perkongsian.
ReplyDeleteSaya harapakn lepas ini haziq dapat membuat 1 lg penulisan
Sejarah kejururawatan serta tokoh tokohnya. Kalau dah buat pliss do inform sya,heheh.
Sama2.. trima kasih sbb sudi membaca.. harap dapat peroleh ilmu dan mampu membuka minda.. Insyaallah kronologi sejarah kejururawatan akan menyusul selepas ni.. =)
DeleteNurhafiza Mohd Razali
ReplyDeleteUniversiti Sains Malaysia
Speech Pathology
salam.. good..penulisan yang bagus, senang nak faham sebab mu terus go straight to the point je mnde mu nk citer (pasal perubatan). tak melalut kat sejarah lain. rujukan bagus dah letak tapi mu x buat citation kat penulisan tu. rujukan pun sikit. boleh tambah lg..perlu letak citation jugak kat gmbar kot. t org xleh refer betul ke tamadun tu 'gitu',..haha.. mcm komen assignment plok.. ok.. keep it up.. ada sambungan tag ah ak..
w'salam, terima kasih Nora Hafiza atas komen yg ckup bermakna. insyaallah sy akan letak citation untuk post yg akan datang dan akan meletakkan senarai rujukan yg lebih. klu ikut asalnya nak letak citation tp entah mcm mne boeh jd tak nak letak XD.. apa2 pun thanks for support.. next post, saya akan tag y =)
Deletegood job haziq,,, x pernah terlintas nak mengkaji psal bnda ni,,bnyk info dpt..nnti teruskan dengan ilmu kejururawatan yang lebih specific,,selain rufaidah ramai lagi tokoh-tokoh lain yang kita belum kenal...mungkin dengan penulisan mu ak bleh ingt tokoh-tokoh lain :)
ReplyDeletealhamdulillah sbb dpt mengambil sedikit mnfaat drpd artikel yang tidak seberapa ni. Insyaallah, kronologi kejururawatan akan menyusul lps ni. jd saya kena kerja lbih keras sikit untuk mncari sumber2 yang lebih banyak dlm menguatkan hujah.. insyaallah sy akan memperkenalkan tokoh ilmu islam dlm bidang perubatan, kejururawatan dan sains kesihatan lain juga.. doakan sy berjaya ye =)
DeleteHendrawan Reza
ReplyDeleteAeronautical Engineering Technology
UTHM
Salam, secara general penulisan senang utk difahami walaupun di baca oleh seorang yang bukan belatar belakang perubatan mahupun kejururawatan. Sekarang dah dapat kaitankan sedikit sebanyak sejarah yang dipelajari dulu semasa sekolah dengan sejarah perubatan. Diharapkan sumber yang lebih banyak digunakan untuk memantapkan isi penulisan yang akan datang. Other than that its worth the read. Goodluck
W'salam. Alhamdulillah sbb walaupun bukan daripada latar belakang pengajian perubatan dan kesihatan, artikel ini boleh dan mudah difahami. Tahniah sbb dapat manfaat dgn berjaya sejarah asas yg dipelajari semasa di sekolah menengah dulu dgn sejarah yg specifik mengnai perubatan. mungkin lepas anda mahupun sesiapa saja boleh mengaikatkan dan menulis artikel sejarah ketamadunan terdahulu dengan sumbangannya terhadap bidang2 tertentu yang specifik. sbgai contohnya dalam bidang Aeronautic. perkenal tokoh islam dan barat yg terlibat. Insyaallah akan menambahbaik hasil penulisan untuk masa yang akan datang.. terima kasih Hendra =D
DeleteSalam haziq..menarik.. banyak beljar sebab kisah perubatan masa zaman dahulu banyak yang masih misteri lagi. Tapi cuba cari video mengeani Imhotep..rasanya ada tunjuk dulu kat history chanel. (Tak ingat tengok mana). IInsya-Allah mana taw ko jadi penyelidik dan jumpa kisah terbaru lagi.
ReplyDeleteNor Hazwani binti Mohd Marzuki A138650
w'salam.. alhamdulillah sbb dpt belajar sesuatu. bleh j aku jd penyelidik wani kalau ada rezeki. =)
DeleteSalam.
ReplyDeleteTopik yang menarik dan jarang diambil tahu. Pendahuluan dan isi yang menarik dan teratur. Gambar susulan sangat membantu untuk terus membaca artikel.
Apa yang perlu diperbaiki ialah citation setiap fakta yang dihuraikan. Setiap gambar rajah juga perlu mempunyai penjelasan ringkas agar gambar tersebut tidak kelihatan tergantung.
Terima Kasih. Keep it up!
Sazwani Majuad
DeleteRegistered Nurse
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
W'salam.. insyaallah akan menambah baik untuk penulisan yang akan datang. terima kasih ye kak Syazwani atas khidmat nasihat dan bantuan.. =)
DeleteAssalamualikum..
ReplyDeletejzkk haziq atas ilmu yang dikongsi bersama, ilmu yang baru untuk saya, kronologi cerita ini mudah difahami. Melalui sejarah bnyak pengajaran yang boleh diperololehi.
Waalaikumussalam.. alhamdulillah krn memperoleh ilmu yang tak seberapa ini. ye melalui sejarah, byk kita blh ambil iktibar untuk kehidupan masa depan.. asalkan sejarah yang kita tahu itu adalah drpd sumber yang benar
DeleteAssalam Haziq.
ReplyDeletePertama sekali, wowww. Sangat menarik tajuk yang dipilih.
Informasi yang sangat menarik dan membuka minda. Saya yakin tidak ramai yang terfikir akan sejarah purba dan sumbagannya pada bidang perubatan dan kejurrawatan ini.
HIZRA FAZLIA MUSA
A138154
W'salam, trima kasih atas komen.di atas.. alhamdulillah krn dpt mmberikan sedikit sumbangan dalam penulisan artikel ini. ye saya yakin ramai yang tidak terfikir atau mungkin terfikir untuk menulis artikel sejarah sebegini. tapi mungkin sedikit keberatan.. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kesukaran untuk mencari dan mengolah sumber rujukan untuk menulis artikel. Wallahualam..
ReplyDelete