Friday 23 May 2014

SEJARAH PERUBATAN DAN KESIHATAN DALAM TAMADUN AWAL MANUSIA


SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA, PARSI PURBA DAN MESIR PURBA 
DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KESIHATAN


"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
"Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta Para Sahabat"



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan izinNya. Untuk pertama kalinya, saya akan mengupas mengenai Sejarah atau Asal Usul atau "Origin" dalam kemunculan ilmu perubatan dan kesihatan. Mungkin maklumat yang saya paparkan ini adalah tidak lengkap, bersifat subjektif dan terdapat kelemahan lain. Maka, segala nasihat serta komen daripada semua pembaca amat saya hargai untuk penambahbaikan dalam penulisan artikel ini. Saya juga mengharapkan agar pembaca membuat rujukan yang lebih specifik daripada sumber rujukan lain.


PENGENALAN 

Mengenal dan mengetahui sejarah dalam perubatan dan kesihatan adalah penting kerana ia adalah titik tolak kepada kemunculan disiplin ilmu yang terbahagi kepada cabang-cabang lain seperti ilmu surgeri, ilmu farmasi, ilmu pergigian, ilmu kejururawatan serta lain-lain disiplin ilmu perubatan dan kesihatan. Selain itu, sumbangan yang diberikan dalam tamadun ini dapat kita jadikan pengetahuan sampingan serta pedoman dalam kehidupan pada hari khususnya pada mereka yang berkecimpung dalam dunia perubatan dan kesihatan. Pada asalnya, saya ingin mengupas mengenai sejarah kejururawatan dalam tamadun awal manusia tetapi pada pandangan saya, skop sejarah jururawat perlu dilihat dengan lebih meluas dengan melihat bagaimana manusia pada zaman awal ketamadunan menjaga dan merawat orang yang sakit. 

Sebenarnya, usaha untuk mengenal pasti dan menerangkan evolusi peranan sebagai seorang jururawat dalam sejarah manusia adalah benar-benar rumit dan misteri kerana tidak ditemui sebarang rekod ataupun artifak kecuali fakta bahawa manusia pada zaman awal ketamadunan melakukan sesuatu demi untuk kelangsungan hidup termasuk masyarakat dalam Tamadun Mesopotamia, Mesir Purba serta Tamadun awal Parsi. Insyaallah saya akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai Sejarah Kejururawatan pada artikel yang akan datang. 

Untuk makluman, tiada satu skala pun yang dapat digunakan untuk mengetahui tarikh dan masa dengan tepat permulaan sejarah manusia di samping beberapa kontroversi mengenai kewujudan manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S yang tercatat dalam kitab-kitab agama samawi iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran serta Teori Evolusi yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Apapun, manusia pada zaman awal menyediakan keperluan kehidupan melalui usaha dan pemikiran mereka yang berterusan dengan mengaplikasikan cara percubaan dan kesilapan atau “Try and Error”.


TAMADUN MESOPOTAMIA





Bagaimanapun sejarah mengenai kemunculan amalan perubatan dapat dilihat dengan lebih awal dan menonjol berbanding dengan amalan kejururawatan. Bermula dengan Tamadun Awal Mesopotamia yang terletak antara Sungai Tigris dan Euphrates, bangsa awal dan pertama tamadun ini iaitu bangsa Sumeria telah berjaya menghasilkan Preskripsi Ubatan yang tertua di dunia yang tercatat pada kepingan segiempat tanah liat lebih kurang 4000 tahun dahulu.


  


Setelah bangsa Sumeria dihapuskan, muncul pula Kerajaan Babylon yang menjadi bandar penting pada zaman tersebut. Salah satu sumbangan yang paling besar ialah Kod Undang-undang Hammurabi iaitu kod perundangan yang tertua di dunia. Rawatan pada zaman ini bersifat primitif. Masyarakat beranggapan bahawa penyakit yang terjadi adalah disebabkan oleh dosa dan kemurkaan tuhan. Orang yang berpenyakit ini dianggap tidak bersih serta memerlukan penyucian. Jadi, kaedah rawatan atau penyucian yang digunakan adalah termasuk jampi serta aplikasi herba-herba tertentu. Pada masa ini, kumpulan untuk memberikan rawatan telah terbentuk dimana seseorang yang menjalankan tugas seperti jururawat bertindak membantu pesakit, manakala doktor atau bomoh pada masa ini yang dipercayai merupakan seorang pendeta bertanggungjawab mengenakan rawatan kepada pesakit serta mengarahkan seseorang yang betindak menyerupai juru farmasi menyediakan ubatan yang diperlukan. Walau bagaimanapun, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa sejauh mana benarnya penglibatan atau kemunculan jururawat pada masa ini masih tidak jelas kerana tiada bukti yang kukuh.


  


Selepas itu, muncul pula Kerajaan Assyria selepas berjaya menumbangkan Kerajaan Babylon. Kerajaan Assyria merupakan salah satu kerajaan yang terkuat dan mempunyai kawasan jajahan takluk yang luas di mana Nineveh yang merupakan pusat bandar menjadi metropolis dunia selama beberapa abad. Lebih kurang 500 jenis herba dan ubatan berjaya dihasilkan dan dikatalog. Ia menjadi titik tolak kepada kemunculan ilmu farmasi.


  


TAMADUN PARSI PURBA




Selepas beberapa lama, muncul pula Tamadun Parsi di bawah pimpinan Raja Cyrus yang telah berjaya menjatuhkan tamadun Mesopotamia. Bandar utama Kerajaan Achaemenid adalah Persipolis yang bermaksud "Bandar Parsi". Antara sumbangan tamadun ini dalam dunia perubatan adalah penemuan Rekod Perubatan Tertua Parsi yang terdapat dalam buku “Zoroaster”. Masyarakat dalam tamadun ini percaya bahawa penawar yang paling mujarab adalah bacaan doa untuk membantu spiritual. Maka tidak hairan jika masyarakat pada tamadun ini menganggap bomoh atau ‘doktor’ yang merawat dan menyembuhkan pesakit menggunakan bacaan doa lebih hebat dan berada pada kedudukan lebih atas berbanding ‘doktor’ atau bomoh yang berubat menggunakan herba-herba dan pisau. Tamadun awal Parsi ini telah ditakluk oleh Alexander the Great (atau Iskandar Zulkarnain mengikut sesetengah sumber buku) pada tahun 331 sebelum  masihi.



TAMADUN MESIR PURBA




Di satu tempat lain, muncul pula Tamadun Mesir Purba.  Antara ilmu yang terkenal dalam tamadun ini adalah teknik pembalutan mumia atau dipanggil “Mummification” yang bertujuan untuk memelihara mayat daripada musnah.




“Solar Boat” juga turut dibina yang kerana ia merupakan sebahagian daripada kepercayaan masyarakat Mesir Purba sebagai salah satu persediaan permakaman untuk kehidupan abadi Firaun seperti Firaun Pharaoh. 


    


Pada zaman ini, Agama dan Perubatan saling berkait rapat kerana pesakit akan berkunjung ke Candi untuk menerima rawatan daripada pengamal perubatan serta memohon pertolongan daripada tuhan agar memperoleh kesembuhan. Di dalam candi, terdapat satu kawasan perubatan yang berukuran saiz klinik pesakit luar yang besar (pada zaman moden) di mana pendeta yang juga bertindak sebagai doktor ataupun dipanggil “priest-physician” akan memainkan peranan sebagai ‘doktor pergigian’ dan juga ‘Jurufarmasi’. 




‘Pakar Perubatan’ atau "Medical Specialist" juga pertama kali wujud dalam sejarah manusia dalam dunia perubatan seperti mana yang dinyatakan oleh Ahli Sejarah Greek, Herodotus.


Salah seorang tokoh perubatan Mesir Purba yang cukup terkenal adalah Imhotep yang mana dia juga merupakan seorang arkitek yang hebat yang bertanggungjawab dalam pembinaan piramid di Sakkara. 


Dia merupakan dukun atau ‘doktor’ peribadi kepada Firaun Djoser. Imhotep melakukan perawatan tanpa mengenakan sebarang bayaran serta meminta pesakitnya tidak melakukan nazar sehingga penyakit tersebut sembuh. Ada sumber yang boleh dikaji dengan lebih lanjut mengatakan ilmu perubatan yang diamalkan Imhotep adalah berkaitan dengan ilmu sihir sehingga mampu menyembuhkan penyakit misteri yang tidak mambu disembuhkan oleh dukun atau bomoh lain. Imhotep juga telah diiktiraf oleh masyarakat pada masa itu setaraf dengan tuhan dalam Tamadun Mesir Purba iaitu “The Egyptian God of Medicine”. Bahkan beliau diangkat menggantikan dewa Nefertem lantas menjadi salah satu daripada kepercayaan triniti Kuil Ptah iaitu “Ptah-Sekhmet- Imhotep”.




Hal Ini juga mungkin disokong oleh bukti lain seperti penciptaan pyramid yang telah saya nyatakan di atas dimana sebuah skrol yang dijumpai di dalam kubur salah seorang dukun kuil Ptah telah menyatakan bahawa blok-blok bongkah batu untuk membina pyramid itu telah dipindahkan tanpa menggunakan tenaga-tenaga manusia tetapi menggunakan satu teknologi yang cukup maju yang berkemungkinan ilmu sihir. 


     


Tetapi berlaku sedikit kontradiksi dimana Saintis Barat mendakwa pyramid itu dibina dengan jentera kayu, gelongsor pasir mahupun buruh-buruh paksa. Cuma, para pengkaji berpendapat bahawasanya masyrakat Mesir Purba telah berjaya menemui atau menghasilkan ilmu seperti teknologi memanipulasi medan magnet dan pancaran laser secara teknikal mahupun perantaraan sihir yang mana berkemungkinan digunakan dalam perubatan.



PENUTUP

Kesimpulannya, ilmu perubatan serta kesihatan sebenarnya telah lama bermula serta telah memberi implikasi yang penting dalam kehidupan masyarakat pada zamannya. Mungkin masih banyak lagi sejarah perubatan dan kesihatan yang masih menjadi misteri dan perlu kepada penelitian dan kajian yang lebih mendalam. Diharap artikel ini serba sedikit dapat member manfaat serta membuka mata agar dapat dijadikan pedoman untuk kemajuan masa depan. Sesuai dengan slogan “Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan”.

Wallahuallam.




SUMBER RUJUKAN UTAMA

  1. Josephine A. Dolan, History of Nursing, 12th Edition, 1968, W.B Saunder Company
  2. Dr. Saiyid Karim, Rahsia Peradaban Firaun (Sihir dan Penyihir Mesir Kuno), 2006, Maktabah Nahdhatu Misr



Thursday 22 May 2014

10 VIDEO INOVASI



1. KACA MATA VISUAL PINTAR

                           



2. KACA MATA PINTAR AVENA






3. STETOSCOPE ELEKTRONIK





4. PENGUKUR BERAT BADAN PINTAR 





5. TAPAK KASUT PINTAR UNTUK ORANG BUTA




6. KATIL PINTAR





7. LAB BOY





8. LIFE IS AWESOME





9. TECHNOLOGY IN FUTURE





10. FUTURE TECHNOLOGY IN HEALTH CARE





11. HOSPITAL DESIGN 1





12. HOSPITAL DESIGN 2





13. HOSPITAL DESIGN 3




14. HOSPITAL DESIGN 4




15. PARKOUT AND FREERUN



Wednesday 7 May 2014

BIODATA



NAMA                      :      MOHD HAZIQ NAQIUDDIN BIN JUNAIDI
NO MATRIK             :      A 138458
PROGRAM              :      IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN
TAHUN PENGAJIAN :      TAHUN 3 SEMESTER 6 
TUTORIAL               :      KHAMIS
MASA                       :      3.00 PM - 6.00 PM
TEMPAT                  :      MAKMAL KOMPUTER TERABYTE, PPUKM
E-MAIL                     :      areziqaexia92@gmail.com
FACEBOOK             :      Haziq Naqiuddin