Friday 23 May 2014

SEJARAH PERUBATAN DAN KESIHATAN DALAM TAMADUN AWAL MANUSIA


SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA, PARSI PURBA DAN MESIR PURBA 
DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KESIHATAN


"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
"Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta Para Sahabat"



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan izinNya. Untuk pertama kalinya, saya akan mengupas mengenai Sejarah atau Asal Usul atau "Origin" dalam kemunculan ilmu perubatan dan kesihatan. Mungkin maklumat yang saya paparkan ini adalah tidak lengkap, bersifat subjektif dan terdapat kelemahan lain. Maka, segala nasihat serta komen daripada semua pembaca amat saya hargai untuk penambahbaikan dalam penulisan artikel ini. Saya juga mengharapkan agar pembaca membuat rujukan yang lebih specifik daripada sumber rujukan lain.


PENGENALAN 

Mengenal dan mengetahui sejarah dalam perubatan dan kesihatan adalah penting kerana ia adalah titik tolak kepada kemunculan disiplin ilmu yang terbahagi kepada cabang-cabang lain seperti ilmu surgeri, ilmu farmasi, ilmu pergigian, ilmu kejururawatan serta lain-lain disiplin ilmu perubatan dan kesihatan. Selain itu, sumbangan yang diberikan dalam tamadun ini dapat kita jadikan pengetahuan sampingan serta pedoman dalam kehidupan pada hari khususnya pada mereka yang berkecimpung dalam dunia perubatan dan kesihatan. Pada asalnya, saya ingin mengupas mengenai sejarah kejururawatan dalam tamadun awal manusia tetapi pada pandangan saya, skop sejarah jururawat perlu dilihat dengan lebih meluas dengan melihat bagaimana manusia pada zaman awal ketamadunan menjaga dan merawat orang yang sakit. 

Sebenarnya, usaha untuk mengenal pasti dan menerangkan evolusi peranan sebagai seorang jururawat dalam sejarah manusia adalah benar-benar rumit dan misteri kerana tidak ditemui sebarang rekod ataupun artifak kecuali fakta bahawa manusia pada zaman awal ketamadunan melakukan sesuatu demi untuk kelangsungan hidup termasuk masyarakat dalam Tamadun Mesopotamia, Mesir Purba serta Tamadun awal Parsi. Insyaallah saya akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai Sejarah Kejururawatan pada artikel yang akan datang. 

Untuk makluman, tiada satu skala pun yang dapat digunakan untuk mengetahui tarikh dan masa dengan tepat permulaan sejarah manusia di samping beberapa kontroversi mengenai kewujudan manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S yang tercatat dalam kitab-kitab agama samawi iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran serta Teori Evolusi yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Apapun, manusia pada zaman awal menyediakan keperluan kehidupan melalui usaha dan pemikiran mereka yang berterusan dengan mengaplikasikan cara percubaan dan kesilapan atau “Try and Error”.


TAMADUN MESOPOTAMIA





Bagaimanapun sejarah mengenai kemunculan amalan perubatan dapat dilihat dengan lebih awal dan menonjol berbanding dengan amalan kejururawatan. Bermula dengan Tamadun Awal Mesopotamia yang terletak antara Sungai Tigris dan Euphrates, bangsa awal dan pertama tamadun ini iaitu bangsa Sumeria telah berjaya menghasilkan Preskripsi Ubatan yang tertua di dunia yang tercatat pada kepingan segiempat tanah liat lebih kurang 4000 tahun dahulu.


  


Setelah bangsa Sumeria dihapuskan, muncul pula Kerajaan Babylon yang menjadi bandar penting pada zaman tersebut. Salah satu sumbangan yang paling besar ialah Kod Undang-undang Hammurabi iaitu kod perundangan yang tertua di dunia. Rawatan pada zaman ini bersifat primitif. Masyarakat beranggapan bahawa penyakit yang terjadi adalah disebabkan oleh dosa dan kemurkaan tuhan. Orang yang berpenyakit ini dianggap tidak bersih serta memerlukan penyucian. Jadi, kaedah rawatan atau penyucian yang digunakan adalah termasuk jampi serta aplikasi herba-herba tertentu. Pada masa ini, kumpulan untuk memberikan rawatan telah terbentuk dimana seseorang yang menjalankan tugas seperti jururawat bertindak membantu pesakit, manakala doktor atau bomoh pada masa ini yang dipercayai merupakan seorang pendeta bertanggungjawab mengenakan rawatan kepada pesakit serta mengarahkan seseorang yang betindak menyerupai juru farmasi menyediakan ubatan yang diperlukan. Walau bagaimanapun, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa sejauh mana benarnya penglibatan atau kemunculan jururawat pada masa ini masih tidak jelas kerana tiada bukti yang kukuh.


  


Selepas itu, muncul pula Kerajaan Assyria selepas berjaya menumbangkan Kerajaan Babylon. Kerajaan Assyria merupakan salah satu kerajaan yang terkuat dan mempunyai kawasan jajahan takluk yang luas di mana Nineveh yang merupakan pusat bandar menjadi metropolis dunia selama beberapa abad. Lebih kurang 500 jenis herba dan ubatan berjaya dihasilkan dan dikatalog. Ia menjadi titik tolak kepada kemunculan ilmu farmasi.


  


TAMADUN PARSI PURBA




Selepas beberapa lama, muncul pula Tamadun Parsi di bawah pimpinan Raja Cyrus yang telah berjaya menjatuhkan tamadun Mesopotamia. Bandar utama Kerajaan Achaemenid adalah Persipolis yang bermaksud "Bandar Parsi". Antara sumbangan tamadun ini dalam dunia perubatan adalah penemuan Rekod Perubatan Tertua Parsi yang terdapat dalam buku “Zoroaster”. Masyarakat dalam tamadun ini percaya bahawa penawar yang paling mujarab adalah bacaan doa untuk membantu spiritual. Maka tidak hairan jika masyarakat pada tamadun ini menganggap bomoh atau ‘doktor’ yang merawat dan menyembuhkan pesakit menggunakan bacaan doa lebih hebat dan berada pada kedudukan lebih atas berbanding ‘doktor’ atau bomoh yang berubat menggunakan herba-herba dan pisau. Tamadun awal Parsi ini telah ditakluk oleh Alexander the Great (atau Iskandar Zulkarnain mengikut sesetengah sumber buku) pada tahun 331 sebelum  masihi.



TAMADUN MESIR PURBA




Di satu tempat lain, muncul pula Tamadun Mesir Purba.  Antara ilmu yang terkenal dalam tamadun ini adalah teknik pembalutan mumia atau dipanggil “Mummification” yang bertujuan untuk memelihara mayat daripada musnah.




“Solar Boat” juga turut dibina yang kerana ia merupakan sebahagian daripada kepercayaan masyarakat Mesir Purba sebagai salah satu persediaan permakaman untuk kehidupan abadi Firaun seperti Firaun Pharaoh. 


    


Pada zaman ini, Agama dan Perubatan saling berkait rapat kerana pesakit akan berkunjung ke Candi untuk menerima rawatan daripada pengamal perubatan serta memohon pertolongan daripada tuhan agar memperoleh kesembuhan. Di dalam candi, terdapat satu kawasan perubatan yang berukuran saiz klinik pesakit luar yang besar (pada zaman moden) di mana pendeta yang juga bertindak sebagai doktor ataupun dipanggil “priest-physician” akan memainkan peranan sebagai ‘doktor pergigian’ dan juga ‘Jurufarmasi’. 




‘Pakar Perubatan’ atau "Medical Specialist" juga pertama kali wujud dalam sejarah manusia dalam dunia perubatan seperti mana yang dinyatakan oleh Ahli Sejarah Greek, Herodotus.


Salah seorang tokoh perubatan Mesir Purba yang cukup terkenal adalah Imhotep yang mana dia juga merupakan seorang arkitek yang hebat yang bertanggungjawab dalam pembinaan piramid di Sakkara. 


Dia merupakan dukun atau ‘doktor’ peribadi kepada Firaun Djoser. Imhotep melakukan perawatan tanpa mengenakan sebarang bayaran serta meminta pesakitnya tidak melakukan nazar sehingga penyakit tersebut sembuh. Ada sumber yang boleh dikaji dengan lebih lanjut mengatakan ilmu perubatan yang diamalkan Imhotep adalah berkaitan dengan ilmu sihir sehingga mampu menyembuhkan penyakit misteri yang tidak mambu disembuhkan oleh dukun atau bomoh lain. Imhotep juga telah diiktiraf oleh masyarakat pada masa itu setaraf dengan tuhan dalam Tamadun Mesir Purba iaitu “The Egyptian God of Medicine”. Bahkan beliau diangkat menggantikan dewa Nefertem lantas menjadi salah satu daripada kepercayaan triniti Kuil Ptah iaitu “Ptah-Sekhmet- Imhotep”.




Hal Ini juga mungkin disokong oleh bukti lain seperti penciptaan pyramid yang telah saya nyatakan di atas dimana sebuah skrol yang dijumpai di dalam kubur salah seorang dukun kuil Ptah telah menyatakan bahawa blok-blok bongkah batu untuk membina pyramid itu telah dipindahkan tanpa menggunakan tenaga-tenaga manusia tetapi menggunakan satu teknologi yang cukup maju yang berkemungkinan ilmu sihir. 


     


Tetapi berlaku sedikit kontradiksi dimana Saintis Barat mendakwa pyramid itu dibina dengan jentera kayu, gelongsor pasir mahupun buruh-buruh paksa. Cuma, para pengkaji berpendapat bahawasanya masyrakat Mesir Purba telah berjaya menemui atau menghasilkan ilmu seperti teknologi memanipulasi medan magnet dan pancaran laser secara teknikal mahupun perantaraan sihir yang mana berkemungkinan digunakan dalam perubatan.



PENUTUP

Kesimpulannya, ilmu perubatan serta kesihatan sebenarnya telah lama bermula serta telah memberi implikasi yang penting dalam kehidupan masyarakat pada zamannya. Mungkin masih banyak lagi sejarah perubatan dan kesihatan yang masih menjadi misteri dan perlu kepada penelitian dan kajian yang lebih mendalam. Diharap artikel ini serba sedikit dapat member manfaat serta membuka mata agar dapat dijadikan pedoman untuk kemajuan masa depan. Sesuai dengan slogan “Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan”.

Wallahuallam.




SUMBER RUJUKAN UTAMA

  1. Josephine A. Dolan, History of Nursing, 12th Edition, 1968, W.B Saunder Company
  2. Dr. Saiyid Karim, Rahsia Peradaban Firaun (Sihir dan Penyihir Mesir Kuno), 2006, Maktabah Nahdhatu Misr



27 comments:

  1. terima kasih ziq, terasa bagai mengimbau kembali kenangan belajar sejarah semasa sekolah menengah. hehehe. Input berkenaan perkembangan awal perubatan, kejururawatan dan farmaseatikel sememangnya samar kemungkinan sbb tidak berlaku lagi perpecahan disiplin ilmu seperti sekrang. btway, good effort. teruskan menulis. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasih diterima XD... Time sekolah, subjek sejarah ada peperiksaan.. alhamdulillah blog ni xde peperiksaan.. XD harap dapat menyampaikan maklumat dengan lebih mudah, ringkas dan menarik.. insyaallah akan memperbaikkan lg usaha untuk masa akan datang

      Delete
  2. Azwan Azmi
    Universiti Pendidikan Sultan Idris
    ISMP Sejarah

    Perkongsian yang bagus. Cuma pengunaan rujukan yang sikit. Dalam sejarah, rujukan paling penting untuk melakukan penulisan. Selain itu kalau ada kata2 daripada mana2 tokoh pun boleh dimasukkan untuk menguatkan lagi artikel. Tahniah Haziq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Azwan Azmi, insyaallah lps ni kne masukkan sumber rujukan yg lebih dan kata2 drpd tokoh.. Ape-ape pun kalau ada masalah dalam penulisan sejarah, anda antara orang yang akan saya rujuk untuk menambahbaik penulisan artikel sejarah ni.. Tq boh =D

      Delete
  3. Assalamualaikum Haziq,

    Nasib baik tak panjang sangat. Haha. Tapi menarik, lain daripada yang lain, ada gambar lagi. Bagus. Tiba-tiba Aten rindu sejarah.

    Thank you :P

    Nur Fatin Binti Ramli A138012

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. ye mmg xpanjang sbb tlh disunting lbih kurang separuh drpd perancangan asal.. Alhamdulillah sbb dpt menghabiskan bacaan.. pasti sume org akan rindu sejarah sbb masing-masing ad sejarah dia yg tersendiri
      =)

      Delete
  4. Nur Hazhim Bin Nordin
    Universiti Teknikal Malaysia Melaka
    Electrical Engineering Technology

    Maklumat yang mudah difahami walaupun tidak semua maklumat ada bukti kukuh. Sekurang-kurangnya maklumat tersebut boleh memberi gambaran terhadap sejarah perubatan dan kesihatan. Rujukan perlu ditambah lagi. Good job for the article.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan alhamdulillah.. harap dapat memberikan sedikit input gambaran mengenai sejarah perubatan dan kesihatan =)

      Delete
  5. NUR KHAIRINA BINTI ISHAK
    Perubatan, UKM

    Menarik ziq...ak pon x tau sgt nak komen...tp kalo nk tgk dri segi fakta yg nk dismpaikan lg senang utk difahami...semuanya diterangkan dgn jelas...good job!!!;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Khairina Ishak.. harap dapat memahami dan senang lagi untuk membaca artikel2 yang akan datang XD

      Delete
  6. Info yang menarik.terima kasih haziq atas perkongsian.
    Saya harapakn lepas ini haziq dapat membuat 1 lg penulisan
    Sejarah kejururawatan serta tokoh tokohnya. Kalau dah buat pliss do inform sya,heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. trima kasih sbb sudi membaca.. harap dapat peroleh ilmu dan mampu membuka minda.. Insyaallah kronologi sejarah kejururawatan akan menyusul selepas ni.. =)

      Delete
  7. Nurhafiza Mohd Razali
    Universiti Sains Malaysia
    Speech Pathology

    salam.. good..penulisan yang bagus, senang nak faham sebab mu terus go straight to the point je mnde mu nk citer (pasal perubatan). tak melalut kat sejarah lain. rujukan bagus dah letak tapi mu x buat citation kat penulisan tu. rujukan pun sikit. boleh tambah lg..perlu letak citation jugak kat gmbar kot. t org xleh refer betul ke tamadun tu 'gitu',..haha.. mcm komen assignment plok.. ok.. keep it up.. ada sambungan tag ah ak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, terima kasih Nora Hafiza atas komen yg ckup bermakna. insyaallah sy akan letak citation untuk post yg akan datang dan akan meletakkan senarai rujukan yg lebih. klu ikut asalnya nak letak citation tp entah mcm mne boeh jd tak nak letak XD.. apa2 pun thanks for support.. next post, saya akan tag y =)

      Delete
  8. good job haziq,,, x pernah terlintas nak mengkaji psal bnda ni,,bnyk info dpt..nnti teruskan dengan ilmu kejururawatan yang lebih specific,,selain rufaidah ramai lagi tokoh-tokoh lain yang kita belum kenal...mungkin dengan penulisan mu ak bleh ingt tokoh-tokoh lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sbb dpt mengambil sedikit mnfaat drpd artikel yang tidak seberapa ni. Insyaallah, kronologi kejururawatan akan menyusul lps ni. jd saya kena kerja lbih keras sikit untuk mncari sumber2 yang lebih banyak dlm menguatkan hujah.. insyaallah sy akan memperkenalkan tokoh ilmu islam dlm bidang perubatan, kejururawatan dan sains kesihatan lain juga.. doakan sy berjaya ye =)

      Delete
  9. Hendrawan Reza
    Aeronautical Engineering Technology
    UTHM

    Salam, secara general penulisan senang utk difahami walaupun di baca oleh seorang yang bukan belatar belakang perubatan mahupun kejururawatan. Sekarang dah dapat kaitankan sedikit sebanyak sejarah yang dipelajari dulu semasa sekolah dengan sejarah perubatan. Diharapkan sumber yang lebih banyak digunakan untuk memantapkan isi penulisan yang akan datang. Other than that its worth the read. Goodluck

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Alhamdulillah sbb walaupun bukan daripada latar belakang pengajian perubatan dan kesihatan, artikel ini boleh dan mudah difahami. Tahniah sbb dapat manfaat dgn berjaya sejarah asas yg dipelajari semasa di sekolah menengah dulu dgn sejarah yg specifik mengnai perubatan. mungkin lepas anda mahupun sesiapa saja boleh mengaikatkan dan menulis artikel sejarah ketamadunan terdahulu dengan sumbangannya terhadap bidang2 tertentu yang specifik. sbgai contohnya dalam bidang Aeronautic. perkenal tokoh islam dan barat yg terlibat. Insyaallah akan menambahbaik hasil penulisan untuk masa yang akan datang.. terima kasih Hendra =D

      Delete
  10. Salam haziq..menarik.. banyak beljar sebab kisah perubatan masa zaman dahulu banyak yang masih misteri lagi. Tapi cuba cari video mengeani Imhotep..rasanya ada tunjuk dulu kat history chanel. (Tak ingat tengok mana). IInsya-Allah mana taw ko jadi penyelidik dan jumpa kisah terbaru lagi.

    Nor Hazwani binti Mohd Marzuki A138650

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. alhamdulillah sbb dpt belajar sesuatu. bleh j aku jd penyelidik wani kalau ada rezeki. =)

      Delete
  11. Salam.

    Topik yang menarik dan jarang diambil tahu. Pendahuluan dan isi yang menarik dan teratur. Gambar susulan sangat membantu untuk terus membaca artikel.

    Apa yang perlu diperbaiki ialah citation setiap fakta yang dihuraikan. Setiap gambar rajah juga perlu mempunyai penjelasan ringkas agar gambar tersebut tidak kelihatan tergantung.

    Terima Kasih. Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sazwani Majuad
      Registered Nurse
      Gleneagles Hospital Kuala Lumpur

      Delete
    2. W'salam.. insyaallah akan menambah baik untuk penulisan yang akan datang. terima kasih ye kak Syazwani atas khidmat nasihat dan bantuan.. =)

      Delete
  12. Assalamualikum..
    jzkk haziq atas ilmu yang dikongsi bersama, ilmu yang baru untuk saya, kronologi cerita ini mudah difahami. Melalui sejarah bnyak pengajaran yang boleh diperololehi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. alhamdulillah krn memperoleh ilmu yang tak seberapa ini. ye melalui sejarah, byk kita blh ambil iktibar untuk kehidupan masa depan.. asalkan sejarah yang kita tahu itu adalah drpd sumber yang benar

      Delete
  13. Assalam Haziq.

    Pertama sekali, wowww. Sangat menarik tajuk yang dipilih.
    Informasi yang sangat menarik dan membuka minda. Saya yakin tidak ramai yang terfikir akan sejarah purba dan sumbagannya pada bidang perubatan dan kejurrawatan ini.

    HIZRA FAZLIA MUSA
    A138154

    ReplyDelete
  14. W'salam, trima kasih atas komen.di atas.. alhamdulillah krn dpt mmberikan sedikit sumbangan dalam penulisan artikel ini. ye saya yakin ramai yang tidak terfikir atau mungkin terfikir untuk menulis artikel sejarah sebegini. tapi mungkin sedikit keberatan.. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kesukaran untuk mencari dan mengolah sumber rujukan untuk menulis artikel. Wallahualam..

    ReplyDelete